Wednesday, 21 September 2011

Apa Itu Cloth Diapers?



Fabric luaran cloth diaper diperbuat daripada fabric yang berkualiti tinggi. Fabric jenis ini lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah untuk digunakan, dijaga dan dicuci. Fabric jenis ini dikenali sebagai PUL atau fabric polyurethane laminate yang dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

Bahagian dalaman cloth diaper bagi jenis yang berpoket dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang diperbuat daripada jenis suede atau microfleece yang dapat menarik cecair jauh dari kulit bayi. Jadi apabila lampin ditanggalkan, anda dapat lihat kulit bayi masih dalam keadaan kering. Kain jenis ini juga kalis kotoran jadi najis bayi akan mudah tanggal.

Insert pula mempunyai tiga lapisan penyerapan yang diperbuat daripada kain serat mikro (microfiber) atau hemp jadi anda tidak perlu risau lagi dengan sebarang kebocoron kerana cloth diaper bukan saja memiliki dua tapi tiga lapisan serapan.

Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) atau aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Jadi cloth diaper kini sangat mudah untuk digunakan semudah menggunakan disposable diaper.

Cloth diaper hari ini pastinya sangat comel dan menawan kerana ia didatangkan daripada pelbagai jenis warna dan pattern yang menarik.

Sumber : CD Mykhalish

0 comments:

Post a Comment

 

(c)2009 Mommy and Kids. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger