Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts

Thursday, 22 September 2011

CD dan sayaaaaa.... dan duitku...

CD dilengkapi dengan 2 helai insert (1 cd & 2 insert), biasanya 1 hari akan guna dua insert. Tetapi bagi baby yang berumur 5 bulan kebawah memadai dengan 1 insert. So kalau tak kena 'boo; air besar baby tu, kalau rasa-rasa insert dah penuh boleh tukar dengan insert baru. CD tak perlu tukar pun tak apa sebab CD tetap kering seperti diapers pakai buang.. (lagi bagus kalau tukar dengan CD sekali)
Anak saya yang berumur 3 tahun hanya guna 2 insert sepanjang malam..
(Sekarang dah x pakai pampers lagi)..  esok pagi dah boleh cuci.. yang si baby pula 1 insert dah cukup. Tapi dalam sehari tu adalah dalam 2-3 kali tukar insert kecuali kalau buang air besar baru saya tukar cdnya. Kalau lebih bersih dan banyak stok cd, boleh tukar terus.. tapi tak pe lah kan boleh cuci dan tahan beberapa tahun. Tak rugi.. berbanding dgn guna pampers pakai buang biasa.. kadang tu baru je tukar bebarapa minit, pas tu buang air besar pula.. aduhh membazirnya.. sayang duit hehe.. dah guna cd ni mcm jimat sikit rasanya.. yang penting kena rajin cuci je la..

mulanya rasa macam sayang jer duit nak beli cd ni.. rasa macam mahal sangat.. tapi share duit ngan husband untuk beli cd ni.. terus beli 10 set. huh boleh tahan gak harganya.. tapi bila terkenangkan tiap2 bulan keluar duit hampir rm200 untuk pampers je.. untuk adik dan abang rasa mcm  rm300 sekaligus untuk beli cd amat berbaloi... sekarang shopping dah tak payah beli pampers.. sekarang rm200 tu boleh guna untuk belanja lain..

Memang berbaloi-baloiiii... :) 

hmm.. ni kisah benar bukan rekaan hehe.. cubalah dulu..


Wednesday, 21 September 2011

Apa Itu Cloth Diapers?



Fabric luaran cloth diaper diperbuat daripada fabric yang berkualiti tinggi. Fabric jenis ini lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah untuk digunakan, dijaga dan dicuci. Fabric jenis ini dikenali sebagai PUL atau fabric polyurethane laminate yang dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

Bahagian dalaman cloth diaper bagi jenis yang berpoket dilengkapi dengan poket sebagai tempat untuk memasukkan insert yang diperbuat daripada jenis suede atau microfleece yang dapat menarik cecair jauh dari kulit bayi. Jadi apabila lampin ditanggalkan, anda dapat lihat kulit bayi masih dalam keadaan kering. Kain jenis ini juga kalis kotoran jadi najis bayi akan mudah tanggal.

Insert pula mempunyai tiga lapisan penyerapan yang diperbuat daripada kain serat mikro (microfiber) atau hemp jadi anda tidak perlu risau lagi dengan sebarang kebocoron kerana cloth diaper bukan saja memiliki dua tapi tiga lapisan serapan.

Untuk melekatkan lampin, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) atau aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Jadi cloth diaper kini sangat mudah untuk digunakan semudah menggunakan disposable diaper.

Cloth diaper hari ini pastinya sangat comel dan menawan kerana ia didatangkan daripada pelbagai jenis warna dan pattern yang menarik.

Sumber : CD Mykhalish

Mengapa perlu Cloth Diaper?

Apa itu Cloth Diaper (CD)??. lampin ini sama seperti lampin kain manual dan juga lampin pakai buang. Kain Lampin hanya berguna sehingga bayi berumur sehingga seminggu atau sehingga tali pusatnya gugur. Selepas itu kita akan menggunakan Pampers (lampin pakai buang) yang mahal. Biasanya kita akan menggunakan pampers ini sehingga anak berumur 3 tahun. Dan adakah anda tahu berapa kosnya? belum dikira pencemaran yang kita sumbangkan kepada alam sekitar?..Lihat costing saya :)


Pampers Pakai Buang (Paling Murah - First Choice)-
(Kos Lampin bagi seorang anak)
1 Hari - Min 2-3 Helai
30 Hari - 3 x 30 = 90 helai 
90 helai (1 plastik >70 helai @rm30-35)- kena juga at least 2x beli RM60
1 Tahun (12 Bulan X RM60 = RM720)
RM720 setahun untuk seorang anak... bagaimana dengan alam sekitar???
90 helai sebulan x setahun = ANDA TELAH MENYUMBANGKAN PLASTIK SEBANYAK 1,080.-untuk satu keluarga bagaimana dengan jumlah penduduk hampir 30juta?????

TETAPI... Bagi CD 
Harga 1 pasang hanya <RM30... 1 Hari guna 2-3 helai.. anda perlukan >3 helai sehari
RM30 X 3 Helai = RM90...
(anda perlu extra 3 Helai lagi..nanti nak cuci 3 helai esok nak guna apa?? so semuanya 6 helai)
RM30 X 6 = RM180.00 (Mahallll.. TAPI.... cuba anda kira untuk setahun??? Hanya RM180... Boleh guna hingga 3 tahun atau lebih yang penting pandai jaga.. so anda dah JIMAT (RM720-RM180 = RM540) Berbaloi tak berbaloi.. tu untuk sorang anak? kalau 2,3,4???

 

(c)2009 Mommy and Kids. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger