Thursday, 22 September 2011

CD dan sayaaaaa.... dan duitku...

CD dilengkapi dengan 2 helai insert (1 cd & 2 insert), biasanya 1 hari akan guna dua insert. Tetapi bagi baby yang berumur 5 bulan kebawah memadai dengan 1 insert. So kalau tak kena 'boo; air besar baby tu, kalau rasa-rasa insert dah penuh boleh tukar dengan insert baru. CD tak perlu tukar pun tak apa sebab CD tetap kering seperti diapers pakai buang.. (lagi bagus kalau tukar dengan CD sekali)
Anak saya yang berumur 3 tahun hanya guna 2 insert sepanjang malam..
(Sekarang dah x pakai pampers lagi)..  esok pagi dah boleh cuci.. yang si baby pula 1 insert dah cukup. Tapi dalam sehari tu adalah dalam 2-3 kali tukar insert kecuali kalau buang air besar baru saya tukar cdnya. Kalau lebih bersih dan banyak stok cd, boleh tukar terus.. tapi tak pe lah kan boleh cuci dan tahan beberapa tahun. Tak rugi.. berbanding dgn guna pampers pakai buang biasa.. kadang tu baru je tukar bebarapa minit, pas tu buang air besar pula.. aduhh membazirnya.. sayang duit hehe.. dah guna cd ni mcm jimat sikit rasanya.. yang penting kena rajin cuci je la..

mulanya rasa macam sayang jer duit nak beli cd ni.. rasa macam mahal sangat.. tapi share duit ngan husband untuk beli cd ni.. terus beli 10 set. huh boleh tahan gak harganya.. tapi bila terkenangkan tiap2 bulan keluar duit hampir rm200 untuk pampers je.. untuk adik dan abang rasa mcm  rm300 sekaligus untuk beli cd amat berbaloi... sekarang shopping dah tak payah beli pampers.. sekarang rm200 tu boleh guna untuk belanja lain..

Memang berbaloi-baloiiii... :) 

hmm.. ni kisah benar bukan rekaan hehe.. cubalah dulu..


0 comments:

Post a Comment

 

(c)2009 Mommy and Kids. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger